Warning ! You have stepped on to naim.blogger.blogspot. Follow me and leave a tag │Follow │
Candie Blossom.
About Author
Hello,my name is naim. I starting blogging since 2010. but I stop blogging 2012 because I forgot email and password. Alhamdulillah in year 2015 I got my blog email and password. I can start writing blog again :)
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia
Hari ini naim nak bercoleteh pasal DDK (Dejavu Di Kinabalu)
bukan apa lah sebab sekarang ini DDK ada buat vote antara
#TeamAmmar dan #TeamBazli
memang makin teruja nak tengok...hoiyeeeehh!!
aku mmg layan habis citer DDK ney
dari pukul 7 sampai pukul 8 setiap hari Isnin sampai hari Khamis
kecuali pukul 7.45 sebab waktu tue tgh iklan untuk naim solat maghrib
tanggungjawab utama bersolat tidak boleh ditinggalkan (^_^)
bebalik pada topik utama undian terhadap #Ammar dan #Bazli
naim terbaca dekat official fan page Tizz Zaqyah Razak
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia
hari ini naim nak mencuba nasib untuk join segmen ini
mana la taw dapat topup celcom RM10 for free
boleh guna tok raya t...haha (puasa belom mula lagi dah nak raya)
btw SELAMAT BERPUASA kawan-kawan...
tak lama lagi dah nak mula bulan puasa...
iblis syaitan suma kena ikat pada bulan tu...
banyakkan buat ibadah...
'ibadah wajib diutamakan, ibadah sunat diharuskan'
puasa jangan tak PUASA! (^_^)
pastu boleh la sambut raya....
poket mesti penuh tyme itu (walaupun dah besar)
yang penting kita kena CERIA....
by the way lagi....korang pown boleh join segmen ini.... nak join KLIK SINI! bye2~
dan mendapati blog kawan aku terdapat banyak perubahan
aku terus bagitahu dye dan dye check blog pagi tadi
yang buat aku terkejut dye kata blog dye ok jerk
tapi nape aku tengok xsama mcm dulu?
aku tak tahu la klu komputer aku dah rosak
then aku bukak blog aku
background blog aku dipenuhi gambar perempuan
sumpah aku xknal perempuan tue...
menyemak jer kat blog aku....errr -.-
ok last sekali aku bukak dashboard aku
We have enabled automatic spam detection for comments. You should occasionally check the comments in your spam inbox. Learn more about Blogger's spam detection or report issues.
antara amalan-amalan yang mengalami tranformasi dari keadaan asal:
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”
(Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim)
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.
Kisah Benar Pelajar Dapat Bantuan Allah Waktu Peperiksaan
25 February 2012 | Saturday, February 25, 2012 | 2 candie blossom
Ini adalah kisah benar yang berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut.
Ceritanya begini : ...
Terdapat salah seorang pelajar masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya.
Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika, guru tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya.
Tiba-tiba pelajar tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru. Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan.
Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya.
Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan. Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu?
Pelajar tersebut menceritakan : “semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya. Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti.
Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah.
Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya.
Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua.
Aku menyeru kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu dan bapa agar berbaktilah kepada mereka untuk mencari keredaan Allah sebelum mereka pergi meninggalkan kita.
SEBAB KENAPA PENJARA PUDU DITUTUP...???!!!
15 February 2012 | Wednesday, February 15, 2012 | 0 candie blossom
SEBAB KENAPA PENJARA PUDU DITUTUP...???!!!
Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur
di suatu ketika dulu. Hanya
boleh disebarkan pada orang2
tertentu sahaja...
Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu
pernah diceritakan bahawa terdapat
satu bilik dipanggil "Bilik
Terakhir". Dibilik inilah seringnya
berlaku kejadian pelik sejak Penjara
Pudu ditutup.
Dinamakan "BILIK
TERAKHIR " adalah kerana dulu ia
merupakan bilik kediaman terkahir
bagi si pesalah jenayah berat
sebelum menjalani hukuman gantung
sampai
mati pada keesokan harinya dibilik
gantung..
Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah
dikatakan akan meratap,menangis,
menjerit, bercakap seorang diri dan
berbagai lagi perlakuan kerana
menyesali kesalahan mereka yang
lalu. Mereka menjadi begitu kerana
dikatakan tidak kuat semangat
menghadapi maut keesokan harinya yang
telah diketahui mereka.
Menurut kata
warden-warden yang masih ada di
Penjara Pudu sewaktu proses
pengosongan Penjara Pudu dijalankan,
mereka sering terdengar suar a-suara
sayu meminta tolong, suara orang
menangis dan bermacam-macam lagi
dari Bilik Terakhir tesebut.
Tak kurang juga ada diantara warden yang
terlihat seekor kambing hitam
sering masuk menembusi pintu bilik
itu tanpa dibuka dan kemudian tidak
pula kelihatan kambing keluar semula.
Ramai bomoh dan pawang yang
dipanggil bagi memulihkan bilik
tersebut
mengatakan bahawa suara-suara yang
sering kedengaran diwaktu malam
dari Bilik Terakhir itu adalah
akibat roh-roh pesalah yang mati ditali
gantung tersebut tidak tenteram
kerana mati mereka ditali gantung.
Nak dijadikan cerita pada suatu
malam Jumaat ketika hujan
renyai-renyai seorang warden telah
ditugaskan mengawal kawasan yang
berhampiran dengan "Bilik Terakhir"
itu. Ketika sedang berkawal
kira-kira lebih kurang pukul 01:00
pagi beliau terdengar seperti tapak
kaki sedang berlari-lari berhampiran
bilik tersebut.
Ia cuba beranikan diri untuk untuk
melihat apakah bendanya itu.Sedang
ia mengamat-amati maka terlihatlah
dalam kesamaran seekor kambing
hitam sedang menuju kearah Bilik
Terakhir itu lalu lesap begitu saja.
Ia berasa harian bagaimana seekor
kambing boleh ada dikawasan itu?
Oleh kerana ingin tahu ia beranikan
juga diri menghampiri Bilik
Terakhir itu.
Alangkah terperanjatnya mendapati
pintu bilik itu telah bertukar
menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa
gementar, seram serta menggigil
ketakutan namun diberanikan juga
diri memasuki pintu gua yang
samar-samar itu sambil meninjau-
ninjau didalamnya jika terlihat akan
kambing tadi. Apabila sampai
je kedalam gua tersebut alangkah
terperanjatnya ia bila didapati
banyak harta karun dalamnya. Ia cuba
mengambil harta itu tetapi tiba-tiba
hilang dari pandangan lalu
menjelmalah satu lembaga yang
mengerikan seraya berkata,
"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak
sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan
kauuu yang punyaaaa " " mannnnnnnnnnnnn
belon yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha Ha
Ha " Yaaaaaaa, mannnnnnnnnnn belon yang
punyaaaaaa ... "
udah tuuuuuuuuu.. ...... peeee buat keja........ ......... .....
Tahniah kerana minat membaca.
Sepucuk Surat Cinta Yang Sadis Dari Seorang Lelaki
11 February 2012 | Saturday, February 11, 2012 | 1 candie blossom
Valentine hari tu ayang tanya tang mane kite sayang kat ayang.
Time tu kite tak dapat nak jawab. Semalam ayang merajuk ngan kite, kite dah penat nak layan. Ayang call kat kite kite malas nak jawab. Tang mane erk kite sayang kat ayang? Semalaman kite duk pk soalan tu. Pernah ke? Maybe tak sedalam cinta Titanic atau Taj Mahal. Sayang kite kat ayang sangatla kerdil. Sebab tu la ayang selalu merajuk erk? Tak tahula, setahu kite:
1. Sebelum kite kenal kat ayang, setiap sem kite dapat Anugerah Dekan. Bile dah kenal ngan ayang, setiap sem kite repeat paper. Sebelum kenal ngan ayang kite belajar pakai duit biasiswa, lepas kenal ngan ayang, keluar makan lagi nak mintak duit ngan emak kite.
2. Kalau ade 1 buah epal, kite bagi je kat ayang. Kalau ade 2 buah epal, kita bagi yang besar kat ayang.
3. Kalau kite makan ikan, ayang makan tang badan ikan tu, kite pula makan tang kepala ikan tu je.
4. Ayang ni tak la cun sangat, tapi kite tak pernah kutuk ayang tak cun. Tapi kite yang hensem ni ayang lagi nak kutuk ngan member depan kite, kata kite tak hensem langsung. Eera Fazira berlalu depan mata, kite diam je. Takut kalau puji kang ayang marah. Mat Indon duk depan Sogo ayang gi ngorat time kite gi tandas. Siap mintak nombor tepon depan kite lagi.
5. Kalau keluar ngan ayang, ayang slambe nak makan Starbucks, kite tipu kite dah kenyang, padahal bile dah sampai kat umah kite makan mee maggi.
6. Sebelum kenal ngan ayang.., kite tak pernah ade girlfriend. Selepas ayang kenal ngan kite, genaplah koleksi ayang ada 20 boyfriend kesemuanya. Kite tak pernah marah ayang plagirl, dah tu ayang kata kite cam sami buddha.
7. Kalau ayang rasa nak cium kite, ayang cium terus tak pernah tanya pun. Tapi bile kite rasa nak cium ayang, lepas tanye lagi nak kene reject.
8. Ayang selalu pukul dada kite, tampar muka kite, cubit peha kite, kite tak pernah tengking sekali pun, apatah lagi nak cubit, nak tampar, nak pukul?
9. Pernah ayang tanya kalau ayang jatuh cinta ngan laki lain, kite nak buat ape. Kite kate kite nak bunuh laki tu. Tapi bile kite tanya kalau kite jatuh cinta kat pompuan lain, ayang nak buat ape, ayang kata nak bunuh kite, emak kite, ayah kite ngan nenek kite.
10. Kite beli mask Clinique ngan ayang harga RM300 kite kate harga RM30. Ayang beli jam tangan kat kite harga RM30 ayang kate harga RM300.
11. Setiap kali berjumpe kite bagi hadiah kat ayang, tapi setiap tahun birthday kite ayang kate dah lupe.
12. Aritu ayang peluk kite kate nak sangat romen ngan kite, kite kata tak boleh, dosa. Ayang kate kite tak sayang ayang. Pastu semalam ayang pakse kite romen ngan kite. Kalau tak ayang nak break ngan kite. Ok pukul 2 pagi kite sanggup bawak motor sampai Jalan Pahang nak beli kondom. Ayang kate saje je nak test kite, pastu marah kite keji. Kite diam je duk tepi akuarium… tengok ikan emas tengah romen.
13. Kite rosakkan headphone walkmen ayang, kite ganti satu discman baru. Ayang rosakkan kerete kite, ayang buat derk je.
14. Sekali ayang demam, kite kene diet 2kg nak jaga ayang. Sekali kite demam, ayang tambah berat 2kg sebab abiskan makanan kite.
15. Kite tak pernah kata ayang pendek, ayang marah kite tinggi sangat, member ayang ketawakan ayang.
16. Ayang datang umah kite, kite tido sofa, kite datang umah ayang, kite gak yang tido kat sofa.
17. Mak kite belikan rantai Tiffany ngan ayang. Mak ayang tak pernah ajak kite makan kat umah ayang walau sekalipun.
18. Kucing umah kite bersalin, kite bagi anak kucing yang paling cute kat ayang, 2 hari je ayang bela, kucing tu dah mati. Ayang tak kate pa pe pun. Ayang bagi ikan emas yang dah dekat mati kat kite, 2 hari kite bela dah mati. Ayang kata nak bunuh semua anak kucing kite.
19. Ayang kalau nak pakai duit kite, terus ambil takyah bagitau. 30 ke 80 ke seratus ke selagi wallet kite ade duit. Aritu kite nak pinjam 10 ringgit sebab terlupe bawa wallet, ayang kate kite kedekut.
20. Birthday ayang kite tak pernah terlupe. Birthday kite arini ayang tak pernah ingat.
Di antara makanan tradisional Negeri Sembilan yag terkenal ialah rendang. Di dalam penyediaan rendang, terdapat beberapa jenis bahan yang boleh dibuat rendang. Bahan-bahan tersebut terdiri daripada daging, kerang, burung dan sebagainya. Rendang daging biasanya tidak dicampurkan dengan bahan-bahan sampingan. Namun begitu dalam keadaan tertentu, terdapat juga bahan-bahan seperti nangka, maman dan pucuk ubi.
Rendang dimasak sehingga kering da tidak langsung berkuah (berderai). Jenis daging yang baik untuk membuat rendang ialah daging kerbau, ayam, itik, burung, pelanduk, napuh, kijang dan rusa kecuali daging lembu. Ini adalah kerana akan menjadi kurang cantik kerana sukar untuk kering di mana dagingnya mempunyai banyak air. Rendang yang dimasak dengan cara yang betul boleh disimpan lama seperti rendang kerbau di Rembau.
Selain daging, belalang juga seda dibuat rendang. Biasanya selepas menuai padi, pesawah akan menangkap belalang yang hinggap di batang padi pada waktu malam. Belalang yang sering ditangkap adalah terdiri belalang sawah seperti belalang beras, belalng minyak dan belalang yang boleh dimakan. Rendang belalang dimasak sehingga belalang tersebut rangup atau mersik.
Rendang Daging
Bahan-bahan :
1 kg daging lembu /kerbau
4 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis rendang dan giling
10 - 15 tangkai cili kering (digiling)
1 sudu lada hitam direndang dan digiling
10 - 15 ulas bawang merah
1 inci halia
2 biji kelapa (santan)
3 sudu kersik
2 keping asam melaka.
Cara membuatnya
1. Daging dipotong dan dibasuh dengan tepung gandum
2. Masukkan bahan yang digilingkan bersama daging ke dalam kuali
dan dibiarkan sehingga daging kecut
3. Masukkan santan dan masak sehingga terbit minyak
4. Kemudian masukkan pati santan bersama garam dan asam keping.
Biarkan sehingga kering dan masukkan kerisik.
p/s: semoga berjaya dan selamat beramal (^_^)
marilah kita menabung! (^_^)
22 December 2011 | Thursday, December 22, 2011 | 0 candie blossom
Menabung bermaksud menyimpan sebahagian daripada pendapatan yang diperoleh. Biasanya jumlah yang dicadangkan ialah 30 peratus daripada jumlah pendapatan. Tabiat ini bertujuan menggalakkan simpanan untuk masa depan mengurangkan sikap suka berhutang dan serta memupuk sikap berjimat cermat di kalangan para pengguna. Walau banyak mana pun wang yang diperoleh jika kita tidak merancang kewangan dengan betul, segala wang yang di peroleh akan 'hilang' begitu sahaja. Amat penting untuk kita merancang perbelanjaan harian dan bulanan dan yang paling penting ialah pastikan setiap bulan kita ada menabung wang di dalam akaun simpanan sebagai jaminan masa depan selain untuk kegunaan saat-saat yang tidak diduga.
Terdapat banyak sebab mengapa seseorang itu perlu menabung antaranya ialah:
Persediaan ketika memerlukan atau sesuatu perbelanjaan di luar jangkaan. Misalnya untuk keperluan kesihatan, kecemasan dan sesuatu yang tidak dijangka.
Simpanan hari tua atau apabila bersara. Untuk tujuan itu sejumlah wang yang mencukupi diperlukan untuk meneruskan kehidupan dan menyara perbelanjaan keluarga.
Tujuan pelaburan atau memulakan perniagaan. Wang tabungan mungkin boleh disimpan di bank, dilaburkan dalam unit saham amanah, pembelian hartanah atau dijadikan modal permulaan untuk menjadi seorang usahawan.
Keperluan pendidikan anak-anak, melancong, hiburan dan lain-lain.
Sekiranya menyimpan wang di bank, sama ada dalam akaun simpanan dan akaun simpanan tetap, kebiasaannya pulangan adalah di antara 2 peratus hingga 3 peratus. Paling tinggi yang boleh diperoleh ialah 4 peratus. Pulangannya adalah rendah jika dibandingkan dengan pelaburan yang lain. Sekali imbaspulangan yang didapati hanya mampu melindungi wang daripada inflasi yang biasanya dalam lingkungan 2 peratus hingga 4 peratus.
Antara kelemahan menabung di bank ialah:
Pulangan yang didapati adalah rendah berbanding dengan pelaburan alternatif yang lain.
Dalam keadaan inflasi, tabungan di bank tidak mampu untuk melindungi susut nilai mata wang.
Wang dalam akaun simpanan terlalu mudah cair dan mudah untuk dikeluarkan pada bila- bila masa mengikut kemahuan anda. Sekiranya tidak mempunyai disiplin yang kuat, wang simpanan mungkin akan habis begitu sahaja.
Namun di sebalik kelemahan itu, terdapat beberapa kebaikan menabung di bank. Antaranya ialah simpanan di bank lebih berisiko rendah, paling selamat dan pengembalian wang adalah terjamin. Selain boleh menabung serta merancang tabungan, simpanan juga boleh diletakkan di tempat yang selamat. Di pasaran, banyak bank-bank yang menyediakan perkhidmatan akaun simpanan.
Selain daripada tabungan di bank, perlu juga mempelbagaikan pelaburan bagi mendapatkan pulangan yang lebih baik dalam jangka waktu tertentu selaras dengan matlamat kewangan masing-masing. Menabung untuk pelaburan merupakan salah satu kaedah yang boleh dilakukan. Yang penting pilihlah bentuk pelaburan yang dijamin oleh kerajaan. Elakkan terpengaruh dengan skim cepat kaya yang bukan sahaja tidak dijamin oleh kerajaan malah merugikan diri sendiri. Jangan terpengaruh dengan pulangan lumayan yang ditawarkan kerana biasanya pelaburan jangka pendek yang menawarkan perolehan lumayan sebenarnya memerangkap anda. Oleh itu sentiasalah berhati-hati ketika membuat pelaburan wang anda.
biasanya pasangan yang bercinta dan saling sayang menyayangi namun berpisah atas sebab-sebab yang tertentu pasti sukar melupakan si dia bukan??pergi kafe je,teringat saat-saat makan bersama,pergi padang,teringat waktu main bola sesama,pergi pasaraya teringat si dia sungguh caring membawa barang-barang yang dibeli,pergi karoke je teringat saat-saat menyayi lagu cinta bersama-sama dan banyak lagi la
kalau tiap-tiap kali online,tangan tu tak payah nak menggatal pergi jenguk blog dia ke,facebook ke,pergi stalk gambar-gambar dia ke..apa-apa sahajalah yang berkaitan dengan dia...sebab bila tengok,perasaan rindu tu pasti datang balik
delete semua gambar-gambar yang korang pernah ambil bersama-sama dulu..tak kiralah gambar yang pergi dating ke,makan ke atau apa-apa sahaja yang menggambarkan betapa bahagianya korang dengan si dia..
aktifkan diri atau sibukkan diri dengan aktiviti lain bersama rakan-rakan,tak payah nak fikir lagi pasal perkara yang dah lepas tu..yang lepas tu biarlah lepas,tak payah nak dikenang lagi..jangan mengada nak duduk tepi katil,lepas tu terbayang saat-saat indah main kejar-kejar tepi kolam =p
simpan semua hadiah-hadiah atau gambar-gambar ketika bersama dahulu di tempat yang agak jauh dari pandangan mata kita..cth:dalam stor barang-barang....kita akan cepat lupa bila kita tidak melihat barang-barang tersebut.
padam sahaja semua no.telefon,e-mel,atau apa sahaja yang boleh menghubungkan korang berdua..tetapi bagi yang masih boleh berkawan seperti biasa adalah tidak menjadi masalah..
cuba ingat balik apa perkara buruk yang pernah dilakukan sidia terhadap kamu..contohnya si dia suka membanding-bandingkan kamu dengan rakan-rakannya yang lain,komen tentang perangai,penampilan kamu dan sebagainya...mungkin si dia banyak sakitkan hati kamu,dengan mengingat perkara buruk tentang dirinya sudah pasti semua perkara indah-indah dapat dilupakan..
carilah rakan-rakan sebagai teman setia dan pendengar..jika hari minggu kamu tidak dapat diluangkan bersama si dia lagi,cuba ciptakan aktiviti hari minggu yang menaarik bersama rakan rakan seperti memancing,jogging,bermain futsal dan sebagainya..
sentiasa bertanya dan muhasabah diri sendiri...adakah si dia terlalu baik dan sempurna bagi anda??atau anda yakin si dia dapat memberi kebahagiaan kepada anda??kalau masa bercinta pun dah boleh buat hal macam-macam,apatah lagi berkahwin..jadi ingatlah dan yakinlah bahawa si dia bukan diciptakan untuk anda..
dekatkan diri dengan yang maha pencipta dan keluarga...sebagai orang islam,reda dan terima seadanya..sentiasa solat dan membaca quran pasti akan dapat menyejukkan jiwa yang kacau teringatkan kisah-kisah lama yang pastinya membuatkan anda bertambah sedih...
cari lah pasangan kekasih yang baru...buangkan segala kisah lama dan mula kan hidup baru dengan kekasih baru...
jangan sesekali berasa terkilan dan sedih kerana semuanya hanya sia-sia...teruskan melangkah ke hadapan dan bina hidup baru..sebenarnya jika kita sudah mempunyai pengganti yang lebih baik,sedikit sebanyak kenangan bersama si dia akan hilang dan lupus dari ingatan..selamat tinggal kenangan..ini bukan hanya sekadar melupakan bekas kekasih,namun bekas tunang atau isteri/suami juga boleh mengikuti tips ini :D
My name is Nurul Ain.I'm the designer of this template.Imma sixteen years old girl.Proud to be Malaysian.Rate this theme if you like it.Replace this with your own profile or whatever.
19 July 2012 | Thursday, July 19, 2012 | 0 comments
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia
Hari ini naim nak bercoleteh pasal DDK (Dejavu Di Kinabalu)
bukan apa lah sebab sekarang ini DDK ada buat vote antara
#TeamAmmar dan #TeamBazli
memang makin teruja nak tengok...hoiyeeeehh!!
aku mmg layan habis citer DDK ney
dari pukul 7 sampai pukul 8 setiap hari Isnin sampai hari Khamis
kecuali pukul 7.45 sebab waktu tue tgh iklan untuk naim solat maghrib
tanggungjawab utama bersolat tidak boleh ditinggalkan (^_^)
bebalik pada topik utama undian terhadap #Ammar dan #Bazli
naim terbaca dekat official fan page Tizz Zaqyah Razak
18 July 2012 | Wednesday, July 18, 2012 | 2 comments
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia
hari ini naim nak mencuba nasib untuk join segmen ini
mana la taw dapat topup celcom RM10 for free
boleh guna tok raya t...haha (puasa belom mula lagi dah nak raya)
btw SELAMAT BERPUASA kawan-kawan...
tak lama lagi dah nak mula bulan puasa...
iblis syaitan suma kena ikat pada bulan tu...
banyakkan buat ibadah...
'ibadah wajib diutamakan, ibadah sunat diharuskan'
puasa jangan tak PUASA! (^_^)
pastu boleh la sambut raya....
poket mesti penuh tyme itu (walaupun dah besar)
yang penting kita kena CERIA....
by the way lagi....korang pown boleh join segmen ini.... nak join KLIK SINI! bye2~
dan mendapati blog kawan aku terdapat banyak perubahan
aku terus bagitahu dye dan dye check blog pagi tadi
yang buat aku terkejut dye kata blog dye ok jerk
tapi nape aku tengok xsama mcm dulu?
aku tak tahu la klu komputer aku dah rosak
then aku bukak blog aku
background blog aku dipenuhi gambar perempuan
sumpah aku xknal perempuan tue...
menyemak jer kat blog aku....errr -.-
ok last sekali aku bukak dashboard aku
We have enabled automatic spam detection for comments. You should occasionally check the comments in your spam inbox. Learn more about Blogger's spam detection or report issues.
apa benda semua ini??? aku kurang mengerti
anyone can explain to me -.-
bear putih yang gemok
03 July 2012 | Tuesday, July 03, 2012 | 0 comments
Assalammualaikum
Hari ini naim ada poei kelas tambahan
kelas tambahan untuk pengajian am (PAM)
naim dengan cikgu amat sporting
kenapa naim kata sporting?
sebabnya cikgu bagi naim snap gambar ngan bear kesayangan dye
bear kesayangan? haha agaknya boyfriend cikgu bagi kat cikgu kowt
naim nak bagi bear sebesar ini kat girlfriend mungkin kena pikir banyak kali
sebabnya naim tengah belaja lagi...tiada pendapatan lagi...
klu da ada gaji tetap memang naim lenjan beli bear sebesar ini tok bagi kat awek naim
nak beli besar dari ini pown boleh...haha
ok la naim tak nak menulis lagi panjang
naim sempat snap dua gambar guna kamera handphone je
antara amalan-amalan yang mengalami tranformasi dari keadaan asal:
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”
(Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim)
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.
Kisah Benar Pelajar Dapat Bantuan Allah Waktu Peperiksaan
25 February 2012 | Saturday, February 25, 2012 | 2 comments
Ini adalah kisah benar yang berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut.
Ceritanya begini : ...
Terdapat salah seorang pelajar masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya.
Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika, guru tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya.
Tiba-tiba pelajar tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru. Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan.
Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya.
Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan. Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu?
Pelajar tersebut menceritakan : “semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya. Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti.
Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah.
Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya.
Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua.
Aku menyeru kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu dan bapa agar berbaktilah kepada mereka untuk mencari keredaan Allah sebelum mereka pergi meninggalkan kita.
SEBAB KENAPA PENJARA PUDU DITUTUP...???!!!
15 February 2012 | Wednesday, February 15, 2012 | 0 comments
SEBAB KENAPA PENJARA PUDU DITUTUP...???!!!
Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur
di suatu ketika dulu. Hanya
boleh disebarkan pada orang2
tertentu sahaja...
Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu
pernah diceritakan bahawa terdapat
satu bilik dipanggil "Bilik
Terakhir". Dibilik inilah seringnya
berlaku kejadian pelik sejak Penjara
Pudu ditutup.
Dinamakan "BILIK
TERAKHIR " adalah kerana dulu ia
merupakan bilik kediaman terkahir
bagi si pesalah jenayah berat
sebelum menjalani hukuman gantung
sampai
mati pada keesokan harinya dibilik
gantung..
Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah
dikatakan akan meratap,menangis,
menjerit, bercakap seorang diri dan
berbagai lagi perlakuan kerana
menyesali kesalahan mereka yang
lalu. Mereka menjadi begitu kerana
dikatakan tidak kuat semangat
menghadapi maut keesokan harinya yang
telah diketahui mereka.
Menurut kata
warden-warden yang masih ada di
Penjara Pudu sewaktu proses
pengosongan Penjara Pudu dijalankan,
mereka sering terdengar suar a-suara
sayu meminta tolong, suara orang
menangis dan bermacam-macam lagi
dari Bilik Terakhir tesebut.
Tak kurang juga ada diantara warden yang
terlihat seekor kambing hitam
sering masuk menembusi pintu bilik
itu tanpa dibuka dan kemudian tidak
pula kelihatan kambing keluar semula.
Ramai bomoh dan pawang yang
dipanggil bagi memulihkan bilik
tersebut
mengatakan bahawa suara-suara yang
sering kedengaran diwaktu malam
dari Bilik Terakhir itu adalah
akibat roh-roh pesalah yang mati ditali
gantung tersebut tidak tenteram
kerana mati mereka ditali gantung.
Nak dijadikan cerita pada suatu
malam Jumaat ketika hujan
renyai-renyai seorang warden telah
ditugaskan mengawal kawasan yang
berhampiran dengan "Bilik Terakhir"
itu. Ketika sedang berkawal
kira-kira lebih kurang pukul 01:00
pagi beliau terdengar seperti tapak
kaki sedang berlari-lari berhampiran
bilik tersebut.
Ia cuba beranikan diri untuk untuk
melihat apakah bendanya itu.Sedang
ia mengamat-amati maka terlihatlah
dalam kesamaran seekor kambing
hitam sedang menuju kearah Bilik
Terakhir itu lalu lesap begitu saja.
Ia berasa harian bagaimana seekor
kambing boleh ada dikawasan itu?
Oleh kerana ingin tahu ia beranikan
juga diri menghampiri Bilik
Terakhir itu.
Alangkah terperanjatnya mendapati
pintu bilik itu telah bertukar
menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa
gementar, seram serta menggigil
ketakutan namun diberanikan juga
diri memasuki pintu gua yang
samar-samar itu sambil meninjau-
ninjau didalamnya jika terlihat akan
kambing tadi. Apabila sampai
je kedalam gua tersebut alangkah
terperanjatnya ia bila didapati
banyak harta karun dalamnya. Ia cuba
mengambil harta itu tetapi tiba-tiba
hilang dari pandangan lalu
menjelmalah satu lembaga yang
mengerikan seraya berkata,
"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak
sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan
kauuu yang punyaaaa " " mannnnnnnnnnnnn
belon yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha Ha
Ha " Yaaaaaaa, mannnnnnnnnnn belon yang
punyaaaaaa ... "
udah tuuuuuuuuu.. ...... peeee buat keja........ ......... .....
Tahniah kerana minat membaca.
Sepucuk Surat Cinta Yang Sadis Dari Seorang Lelaki
11 February 2012 | Saturday, February 11, 2012 | 1 comments
Valentine hari tu ayang tanya tang mane kite sayang kat ayang.
Time tu kite tak dapat nak jawab. Semalam ayang merajuk ngan kite, kite dah penat nak layan. Ayang call kat kite kite malas nak jawab. Tang mane erk kite sayang kat ayang? Semalaman kite duk pk soalan tu. Pernah ke? Maybe tak sedalam cinta Titanic atau Taj Mahal. Sayang kite kat ayang sangatla kerdil. Sebab tu la ayang selalu merajuk erk? Tak tahula, setahu kite:
1. Sebelum kite kenal kat ayang, setiap sem kite dapat Anugerah Dekan. Bile dah kenal ngan ayang, setiap sem kite repeat paper. Sebelum kenal ngan ayang kite belajar pakai duit biasiswa, lepas kenal ngan ayang, keluar makan lagi nak mintak duit ngan emak kite.
2. Kalau ade 1 buah epal, kite bagi je kat ayang. Kalau ade 2 buah epal, kita bagi yang besar kat ayang.
3. Kalau kite makan ikan, ayang makan tang badan ikan tu, kite pula makan tang kepala ikan tu je.
4. Ayang ni tak la cun sangat, tapi kite tak pernah kutuk ayang tak cun. Tapi kite yang hensem ni ayang lagi nak kutuk ngan member depan kite, kata kite tak hensem langsung. Eera Fazira berlalu depan mata, kite diam je. Takut kalau puji kang ayang marah. Mat Indon duk depan Sogo ayang gi ngorat time kite gi tandas. Siap mintak nombor tepon depan kite lagi.
5. Kalau keluar ngan ayang, ayang slambe nak makan Starbucks, kite tipu kite dah kenyang, padahal bile dah sampai kat umah kite makan mee maggi.
6. Sebelum kenal ngan ayang.., kite tak pernah ade girlfriend. Selepas ayang kenal ngan kite, genaplah koleksi ayang ada 20 boyfriend kesemuanya. Kite tak pernah marah ayang plagirl, dah tu ayang kata kite cam sami buddha.
7. Kalau ayang rasa nak cium kite, ayang cium terus tak pernah tanya pun. Tapi bile kite rasa nak cium ayang, lepas tanye lagi nak kene reject.
8. Ayang selalu pukul dada kite, tampar muka kite, cubit peha kite, kite tak pernah tengking sekali pun, apatah lagi nak cubit, nak tampar, nak pukul?
9. Pernah ayang tanya kalau ayang jatuh cinta ngan laki lain, kite nak buat ape. Kite kate kite nak bunuh laki tu. Tapi bile kite tanya kalau kite jatuh cinta kat pompuan lain, ayang nak buat ape, ayang kata nak bunuh kite, emak kite, ayah kite ngan nenek kite.
10. Kite beli mask Clinique ngan ayang harga RM300 kite kate harga RM30. Ayang beli jam tangan kat kite harga RM30 ayang kate harga RM300.
11. Setiap kali berjumpe kite bagi hadiah kat ayang, tapi setiap tahun birthday kite ayang kate dah lupe.
12. Aritu ayang peluk kite kate nak sangat romen ngan kite, kite kata tak boleh, dosa. Ayang kate kite tak sayang ayang. Pastu semalam ayang pakse kite romen ngan kite. Kalau tak ayang nak break ngan kite. Ok pukul 2 pagi kite sanggup bawak motor sampai Jalan Pahang nak beli kondom. Ayang kate saje je nak test kite, pastu marah kite keji. Kite diam je duk tepi akuarium… tengok ikan emas tengah romen.
13. Kite rosakkan headphone walkmen ayang, kite ganti satu discman baru. Ayang rosakkan kerete kite, ayang buat derk je.
14. Sekali ayang demam, kite kene diet 2kg nak jaga ayang. Sekali kite demam, ayang tambah berat 2kg sebab abiskan makanan kite.
15. Kite tak pernah kata ayang pendek, ayang marah kite tinggi sangat, member ayang ketawakan ayang.
16. Ayang datang umah kite, kite tido sofa, kite datang umah ayang, kite gak yang tido kat sofa.
17. Mak kite belikan rantai Tiffany ngan ayang. Mak ayang tak pernah ajak kite makan kat umah ayang walau sekalipun.
18. Kucing umah kite bersalin, kite bagi anak kucing yang paling cute kat ayang, 2 hari je ayang bela, kucing tu dah mati. Ayang tak kate pa pe pun. Ayang bagi ikan emas yang dah dekat mati kat kite, 2 hari kite bela dah mati. Ayang kata nak bunuh semua anak kucing kite.
19. Ayang kalau nak pakai duit kite, terus ambil takyah bagitau. 30 ke 80 ke seratus ke selagi wallet kite ade duit. Aritu kite nak pinjam 10 ringgit sebab terlupe bawa wallet, ayang kate kite kedekut.
20. Birthday ayang kite tak pernah terlupe. Birthday kite arini ayang tak pernah ingat.
p/s: percayalah surat cinta dari UiTm lagi sadis
berbanding cerita diatas....hihik
Rendang
30 December 2011 | Friday, December 30, 2011 | 1 comments
Di antara makanan tradisional Negeri Sembilan yag terkenal ialah rendang. Di dalam penyediaan rendang, terdapat beberapa jenis bahan yang boleh dibuat rendang. Bahan-bahan tersebut terdiri daripada daging, kerang, burung dan sebagainya. Rendang daging biasanya tidak dicampurkan dengan bahan-bahan sampingan. Namun begitu dalam keadaan tertentu, terdapat juga bahan-bahan seperti nangka, maman dan pucuk ubi.
Rendang dimasak sehingga kering da tidak langsung berkuah (berderai). Jenis daging yang baik untuk membuat rendang ialah daging kerbau, ayam, itik, burung, pelanduk, napuh, kijang dan rusa kecuali daging lembu. Ini adalah kerana akan menjadi kurang cantik kerana sukar untuk kering di mana dagingnya mempunyai banyak air. Rendang yang dimasak dengan cara yang betul boleh disimpan lama seperti rendang kerbau di Rembau.
Selain daging, belalang juga seda dibuat rendang. Biasanya selepas menuai padi, pesawah akan menangkap belalang yang hinggap di batang padi pada waktu malam. Belalang yang sering ditangkap adalah terdiri belalang sawah seperti belalang beras, belalng minyak dan belalang yang boleh dimakan. Rendang belalang dimasak sehingga belalang tersebut rangup atau mersik.
Rendang Daging
Bahan-bahan :
1 kg daging lembu /kerbau
4 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis rendang dan giling
10 - 15 tangkai cili kering (digiling)
1 sudu lada hitam direndang dan digiling
10 - 15 ulas bawang merah
1 inci halia
2 biji kelapa (santan)
3 sudu kersik
2 keping asam melaka.
Cara membuatnya
1. Daging dipotong dan dibasuh dengan tepung gandum
2. Masukkan bahan yang digilingkan bersama daging ke dalam kuali
dan dibiarkan sehingga daging kecut
3. Masukkan santan dan masak sehingga terbit minyak
4. Kemudian masukkan pati santan bersama garam dan asam keping.
Biarkan sehingga kering dan masukkan kerisik.
p/s: semoga berjaya dan selamat beramal (^_^)
marilah kita menabung! (^_^)
22 December 2011 | Thursday, December 22, 2011 | 0 comments
Menabung bermaksud menyimpan sebahagian daripada pendapatan yang diperoleh. Biasanya jumlah yang dicadangkan ialah 30 peratus daripada jumlah pendapatan. Tabiat ini bertujuan menggalakkan simpanan untuk masa depan mengurangkan sikap suka berhutang dan serta memupuk sikap berjimat cermat di kalangan para pengguna. Walau banyak mana pun wang yang diperoleh jika kita tidak merancang kewangan dengan betul, segala wang yang di peroleh akan 'hilang' begitu sahaja. Amat penting untuk kita merancang perbelanjaan harian dan bulanan dan yang paling penting ialah pastikan setiap bulan kita ada menabung wang di dalam akaun simpanan sebagai jaminan masa depan selain untuk kegunaan saat-saat yang tidak diduga.
Terdapat banyak sebab mengapa seseorang itu perlu menabung antaranya ialah:
Persediaan ketika memerlukan atau sesuatu perbelanjaan di luar jangkaan. Misalnya untuk keperluan kesihatan, kecemasan dan sesuatu yang tidak dijangka.
Simpanan hari tua atau apabila bersara. Untuk tujuan itu sejumlah wang yang mencukupi diperlukan untuk meneruskan kehidupan dan menyara perbelanjaan keluarga.
Tujuan pelaburan atau memulakan perniagaan. Wang tabungan mungkin boleh disimpan di bank, dilaburkan dalam unit saham amanah, pembelian hartanah atau dijadikan modal permulaan untuk menjadi seorang usahawan.
Keperluan pendidikan anak-anak, melancong, hiburan dan lain-lain.
Sekiranya menyimpan wang di bank, sama ada dalam akaun simpanan dan akaun simpanan tetap, kebiasaannya pulangan adalah di antara 2 peratus hingga 3 peratus. Paling tinggi yang boleh diperoleh ialah 4 peratus. Pulangannya adalah rendah jika dibandingkan dengan pelaburan yang lain. Sekali imbaspulangan yang didapati hanya mampu melindungi wang daripada inflasi yang biasanya dalam lingkungan 2 peratus hingga 4 peratus.
Antara kelemahan menabung di bank ialah:
Pulangan yang didapati adalah rendah berbanding dengan pelaburan alternatif yang lain.
Dalam keadaan inflasi, tabungan di bank tidak mampu untuk melindungi susut nilai mata wang.
Wang dalam akaun simpanan terlalu mudah cair dan mudah untuk dikeluarkan pada bila- bila masa mengikut kemahuan anda. Sekiranya tidak mempunyai disiplin yang kuat, wang simpanan mungkin akan habis begitu sahaja.
Namun di sebalik kelemahan itu, terdapat beberapa kebaikan menabung di bank. Antaranya ialah simpanan di bank lebih berisiko rendah, paling selamat dan pengembalian wang adalah terjamin. Selain boleh menabung serta merancang tabungan, simpanan juga boleh diletakkan di tempat yang selamat. Di pasaran, banyak bank-bank yang menyediakan perkhidmatan akaun simpanan.
Selain daripada tabungan di bank, perlu juga mempelbagaikan pelaburan bagi mendapatkan pulangan yang lebih baik dalam jangka waktu tertentu selaras dengan matlamat kewangan masing-masing. Menabung untuk pelaburan merupakan salah satu kaedah yang boleh dilakukan. Yang penting pilihlah bentuk pelaburan yang dijamin oleh kerajaan. Elakkan terpengaruh dengan skim cepat kaya yang bukan sahaja tidak dijamin oleh kerajaan malah merugikan diri sendiri. Jangan terpengaruh dengan pulangan lumayan yang ditawarkan kerana biasanya pelaburan jangka pendek yang menawarkan perolehan lumayan sebenarnya memerangkap anda. Oleh itu sentiasalah berhati-hati ketika membuat pelaburan wang anda.
Tip untuk melupakan KENANGAN LAMA
16 December 2011 | Friday, December 16, 2011 | 0 comments