Rendang dimasak sehingga kering da tidak langsung berkuah (berderai). Jenis daging yang baik untuk membuat rendang ialah daging kerbau, ayam, itik, burung, pelanduk, napuh, kijang dan rusa kecuali daging lembu. Ini adalah kerana akan menjadi kurang cantik kerana sukar untuk kering di mana dagingnya mempunyai banyak air. Rendang yang dimasak dengan cara yang betul boleh disimpan lama seperti rendang kerbau di Rembau.
Selain daging, belalang juga seda dibuat rendang. Biasanya selepas menuai padi, pesawah akan menangkap belalang yang hinggap di batang padi pada waktu malam. Belalang yang sering ditangkap adalah terdiri belalang sawah seperti belalang beras, belalng minyak dan belalang yang boleh dimakan. Rendang belalang dimasak sehingga belalang tersebut rangup atau mersik.
Rendang Daging
Bahan-bahan : |
1 kg daging lembu /kerbau |
4 sudu besar ketumbar |
1 sudu besar jintan manis rendang dan giling |
10 - 15 tangkai cili kering (digiling) |
1 sudu lada hitam direndang dan digiling |
10 - 15 ulas bawang merah |
1 inci halia |
2 biji kelapa (santan) |
3 sudu kersik |
2 keping asam melaka. |
Cara membuatnya |
1. Daging dipotong dan dibasuh dengan tepung gandum |
2. Masukkan bahan yang digilingkan bersama daging ke dalam kuali dan dibiarkan sehingga daging kecut |
3. Masukkan santan dan masak sehingga terbit minyak |
4. Kemudian masukkan pati santan bersama garam dan asam keping. Biarkan sehingga kering dan masukkan kerisik. p/s: semoga berjaya dan selamat beramal (^_^) |