|
Istana Negara, Jalan Duta...pelaburan bijak or pembaziran??
15 November 2011 | Tuesday, November 15, 2011 | 1 candie blossom
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera hari ini naim nak berceloteh pasal Kompleks Istana Negara, Jalan Duta Kompleks Istana Negara, Jalan Duta ialah sebuah kompleks istana Malaysia yang terletak di Jalan Duta, Kuala Lumpur, Malaysia. Secara rasminya, istana ini digunakan pada 15 November 2011 bagi menggantikan Istana Negara di Jalan Istana sebagai tempat bersemayam kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Malaysia. Istana ini telah diserahkan kepada pentadbiran Istana Negara pada 18 Oktober 2011 dan beroperasi sepenuhnya pada 11 November 2011. Tuanku Mizan Zainal Abidin adalah Yang di-Pertuan Agong yang pertama bersemayam istana ini pada 15 November 2011 manakala istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong yang ke-14 juga bakal menjadi istiadat pertabalan yang pertama diadakan di istana ini. Kerajaan Malaysia telah mencadangkan pembinaan Istana Negara yang baru yang terletak di Jalan Duta. Istana baru ini bertujuan untuk menggantikan Istana Negara yang lama yang telah digunakan sejak 1928. Ini adalah kali pertama kerajaan Malaysia membina sendiri istana Yang di-Pertuan Agong memandangkan istana yang terdahulu adalah dibeli dari seorang jutawan China. Kompleks Istana Negara Baru ini dibangunkan di atas tanah seluas 241.3 ekar yang dibahagikan kepada empat sayap dan termasuk kawasan meletakkan kenderaan. Ia merangkumi pembinaan Bangunan Utama Istana Negara serta bangunan-bangunan dan kemudahan sokongan yang lain dengan keluasan lantai kasar keseluruhan sebanyak 90,082 meter persegi. Turut dilaksanakan bagi melengkapkan keperluan Kompleks ini ialah pembinaan jalan masuk bertingkat Jalan Duta ke Pintu 1 Istana Negara dan naiktaraf Jalan Changkat Semantan ke Pintu 2 Istana Negara yang diuruskan oleh Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR. Projek ini telah mula dibina pada akhir November 2007 dan siap sepenuhnya pada akhir September 2011. Kompleks ini juga merangkumi bangunan istana, perumahan untuk pekerja istana, pejabat polis dan sekuriti, kem tentera mini dan gerbang masuk dua tingkat dari Jalan Duta. Istana ini menelan belanja sebanyak RM812 juta dengan Maya Maju Sdn. Bhd. sebagai kontraktor utama yang dilantik dengan kontrak bernilai RM650 juta, manakala pembinaan lebuh raya bertingkat menuju ke gerbang masuk istana pula dilakukan oleh Ahmad Zaki Sdn. Bhd. pada nilai RM130 juta. Dengan senibina yang melambangkan Islam dan Melayu, tatarias lampu, pemalapan dan pencahayaan luar dan dalam istana adalah berbeza. Rekaan ini bertujuan untuk mencipta suasana yang tersendiri di samping menjimatkan tenaga. Sistem ini akan dipeusatkan dan dikawal oleh 10 butang kawalan di lokasi yang berbeza. Secara peribadi naim cakap kan naim berbangga dengan komples Istana Negara, Jalan Duta hal ini disebabkan kerajaan malaysia yang membinanya sendiri dan buatan anak tempatan. Cantik sungguh Kompleks Istana Negara, jalan duta ini (^_^) Ada juga orang tak suka dengan pembinaan Kompleks Istana Negara, Jalan Duta ini ada yang cakap pembaziran, politik dan sebagainya itu pendapat masing-masing -.- tetapi bagi naim ini pembinaan Kompleks Istana Negara, ia melambangkan negara Malaysia sendiri bayangkan jikalau Kompleks Istana Negara dibina biasa-biasa sahaja bukan kah ia akan dipandang rendah di mata negara-negara yang maju lagi pown kita bukan nya negara yang mundur kita adalah negara yang sedang membangun malah ia hampir sama taraf dengan negara maju COME ON la...be positive setiap yang berlaku pasti ada sebabnya anyway tahniah kerajaan Malaysia dan semua pihak yang terlibat secara lansung mahupun secara tidak lansung kerana berjaya membina Istana Negara baru yang AWESOME ini! tak sabar rasanya menunggu 4 tahun akan datang dengan pembangunan KL Metropolis (^_^) |