|
Jam untuk dijual (^_^)
16 November 2011 | Wednesday, November 16, 2011 | 0 candie blossom
*dua pilihan warna sahaja* *hitam atau putih* *anda akan nampak stylo bila memakai jam ini* *boleh di pakai semasa prom night* *sesuai untuk dipakai di sekolah* *sangat sesuai menghadiahkan kepada kekasih anda* HARGA PROMOSI RM50.00 ONLY BERMINAT?? SMS alamat dan nomber telefon ke 010-8918474 (for serious buyer only) (^_^) [Contest] Anugerah Blog & Blogger Paling Popular
15 November 2011 | Tuesday, November 15, 2011 | 0 candie blossom
Blog saya : ~tak ada totorial ~tak ada vlog ( akan datang tengah servey maklumat) ~tak ada kartun-kartun (takreti melukis) ~tak ada post-post yang menarik ~tapi baru berjinak dalam advertising ~suka post-post yang menarik ~pasal diri sendiri ( tak kesemua ) ~pasal motor saya (lagenda 115ZR) ~pasal buah hati saya ~suka gadget2 yAng ada dalam blog itu jer la kowt SEKIAN~~~ (^_^) Istana Negara, Jalan Duta...pelaburan bijak or pembaziran??
| Tuesday, November 15, 2011 | 1 candie blossom
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera hari ini naim nak berceloteh pasal Kompleks Istana Negara, Jalan Duta Kompleks Istana Negara, Jalan Duta ialah sebuah kompleks istana Malaysia yang terletak di Jalan Duta, Kuala Lumpur, Malaysia. Secara rasminya, istana ini digunakan pada 15 November 2011 bagi menggantikan Istana Negara di Jalan Istana sebagai tempat bersemayam kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Malaysia. Istana ini telah diserahkan kepada pentadbiran Istana Negara pada 18 Oktober 2011 dan beroperasi sepenuhnya pada 11 November 2011. Tuanku Mizan Zainal Abidin adalah Yang di-Pertuan Agong yang pertama bersemayam istana ini pada 15 November 2011 manakala istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong yang ke-14 juga bakal menjadi istiadat pertabalan yang pertama diadakan di istana ini. Kerajaan Malaysia telah mencadangkan pembinaan Istana Negara yang baru yang terletak di Jalan Duta. Istana baru ini bertujuan untuk menggantikan Istana Negara yang lama yang telah digunakan sejak 1928. Ini adalah kali pertama kerajaan Malaysia membina sendiri istana Yang di-Pertuan Agong memandangkan istana yang terdahulu adalah dibeli dari seorang jutawan China. Kompleks Istana Negara Baru ini dibangunkan di atas tanah seluas 241.3 ekar yang dibahagikan kepada empat sayap dan termasuk kawasan meletakkan kenderaan. Ia merangkumi pembinaan Bangunan Utama Istana Negara serta bangunan-bangunan dan kemudahan sokongan yang lain dengan keluasan lantai kasar keseluruhan sebanyak 90,082 meter persegi. Turut dilaksanakan bagi melengkapkan keperluan Kompleks ini ialah pembinaan jalan masuk bertingkat Jalan Duta ke Pintu 1 Istana Negara dan naiktaraf Jalan Changkat Semantan ke Pintu 2 Istana Negara yang diuruskan oleh Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR. Projek ini telah mula dibina pada akhir November 2007 dan siap sepenuhnya pada akhir September 2011. Kompleks ini juga merangkumi bangunan istana, perumahan untuk pekerja istana, pejabat polis dan sekuriti, kem tentera mini dan gerbang masuk dua tingkat dari Jalan Duta. Istana ini menelan belanja sebanyak RM812 juta dengan Maya Maju Sdn. Bhd. sebagai kontraktor utama yang dilantik dengan kontrak bernilai RM650 juta, manakala pembinaan lebuh raya bertingkat menuju ke gerbang masuk istana pula dilakukan oleh Ahmad Zaki Sdn. Bhd. pada nilai RM130 juta. Dengan senibina yang melambangkan Islam dan Melayu, tatarias lampu, pemalapan dan pencahayaan luar dan dalam istana adalah berbeza. Rekaan ini bertujuan untuk mencipta suasana yang tersendiri di samping menjimatkan tenaga. Sistem ini akan dipeusatkan dan dikawal oleh 10 butang kawalan di lokasi yang berbeza. Secara peribadi naim cakap kan naim berbangga dengan komples Istana Negara, Jalan Duta hal ini disebabkan kerajaan malaysia yang membinanya sendiri dan buatan anak tempatan. Cantik sungguh Kompleks Istana Negara, jalan duta ini (^_^) Ada juga orang tak suka dengan pembinaan Kompleks Istana Negara, Jalan Duta ini ada yang cakap pembaziran, politik dan sebagainya itu pendapat masing-masing -.- tetapi bagi naim ini pembinaan Kompleks Istana Negara, ia melambangkan negara Malaysia sendiri bayangkan jikalau Kompleks Istana Negara dibina biasa-biasa sahaja bukan kah ia akan dipandang rendah di mata negara-negara yang maju lagi pown kita bukan nya negara yang mundur kita adalah negara yang sedang membangun malah ia hampir sama taraf dengan negara maju COME ON la...be positive setiap yang berlaku pasti ada sebabnya anyway tahniah kerajaan Malaysia dan semua pihak yang terlibat secara lansung mahupun secara tidak lansung kerana berjaya membina Istana Negara baru yang AWESOME ini! tak sabar rasanya menunggu 4 tahun akan datang dengan pembangunan KL Metropolis (^_^) status facebook yang annoying -.-
| Tuesday, November 15, 2011 | 1 candie blossom
Assalamualaikum dan salam sejahterahari ini naim ada mood nak update blogger setelah sekian lama menyepi maklum lah naim sekarang jadi ibu dan naim lah bapa untuk adik-adik naim tapi untuk sementara saja (IbuAyah naim ada di mekah) Alhamdulillah mereka sudah berjaya menunaikan haji pada tahun ini berbalik pada topik untuk entry ini naim ada terbaca di Laman Muka Buku apa yang menarik tentang Facebook ney naim ada terbaca satu status yang amat annoying giler cube korang baca Kepada tuan punya status, dengan ini saya meminta izindaripada anda supaya saya boleh mengomen status anda.Suka atau tidak terpulang kepada anda untukmembacanya dan berharap anda dapat memahami apayang saya komen. Sebenarnya saya tidak .........tahu apa yangsaya komenkan di sini, tapi sebagai tukang komen status,bahawasanya status anda terpilih untuk dikomen olehsaya, sesuai dengan kerja saya sebagai tukang komen.Sekali lagi saya menyatakan bahawa diharap anda dapatmemahami komen saya kerana apa yang saya komenkandisini amatlah panjang. Tapi tidak salahlah jika komensaya panjang jika isinya padat dan lengkap memenuhiinformasi semasa. Mungkin anda hairan apa yang sayakomenkan disini, tapi ternyata status anda memang tiadakaitan dengan apa yang saya komenkan kerana secaratidak lansung komen saya ini akan memberi manafaatkepada status anda supaya status anda lebih menyerlahberbanding biasa. Dengan itu teruslah membaca komensaya kerana apa yang saya komenkan disini akan memberiinspirasi kepada anda untuk mengupdate status baru yanglebih informatif, kreatif, progresif dan innovatif. Namuncerita saya disini belum habisnya, masih ada banyak lagikesempatan yang saya ingin komenkan disini selagifacebook masih online selagi itulah saya tidak hentinyamengomen status siapa-siapa saja yang saya mahukomen. Jadi anda harus berasa bertuah kerana andabukan saja terpilih, tetapi status anda menang menjadikesukaan saya, ya saya suka dengan status anda denganitulah saya tidak henti mengomen tentang kesukaan sayaterhadap status anda. Namun komen saya belum lagiberakhir disini. Mungkin anda berasa pening mahupunjuling kerana membacanya tetapi tangan saya masihmampu untuk menaip komen untuk anda biarpun apayang saya fikirkan di benak fikiran hanyalah kosong tetapitangan ini terus menaip komen. Alangkah sukanya sayajika dapat mengomen status anda di hari-hari yangberikutnya selagi facebook masih online, maka disitulahsaya mengomen dan terus mengomen siapa saja yangsaya suka. Jikalaulah anda tidak meneruskan membacakomen saya disini, mungkin anda telah pengsan,mahupun sedang dibawa ambulance pergi hospital, tetapijika anda sedang membaca apa yang saya komenkandisini, maka tahniah!! kerana anda seorang yangpenyabar. Kerana itulah saya menyukai anda dan jugastatus anda. Maka dengan itulah lah saya akhiri komensaya disini. Tidaklah saya mampu untuk menaip denganlebih panjang lagi kerana apa yang saya komenkantidaklah saya sendiri memahaminya, adalah kemungkinananda seorang yang gila membacanya. Namun ketahuilahanda bahawa dalam pada saya sedang menaip komenanda, telah habis Mee Sedap 3 bungkus dikala mencariidea untuk menaip komen status anda. Ya itulahkesanggupan saya mengomen status anda, dan denganitulah berakhirnya komen saya disini.. -.- haha....mesti korang pening dan boleh jadi gila bila baca status yang panjang-panjang dan mengarut tue kan (^_^) korang mesti nak tahu sapa yang tulis status macam ini *eh?? macam facebook naim jer :P :: JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA" ::
09 November 2011 | Wednesday, November 09, 2011 | 0 candie blossom
Jika kamu memancing ikan...... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu... Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi... Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.... Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal. Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!! sumber: Laman Muka Buku & google image |