|
Usul debat : Hari Raya tidak meriah lagi (training)
25 August 2011 | Thursday, August 25, 2011 | 6 candie blossom
Assalammualaikum dan salam sejahteraHari ini naim hendak berceloteh tentang masa training debat Usul kita cukup enteng dibentangkan pada hari ini iaitu "hari raya tidak meriah lagi" naim sebagai Perdana Menteri telah memberi hujah seperti berikut: "Dengan lafaz bismillahirohmannirohim Assalammualaikum warahmatullah hibawarokatu dan salam hari raya Terima kasih kepada Yang Di-Pertua Dewan, rakan perjuangan saya di meja kerajaan, barisan pembangkang yang dihormati semua, serta warga dewan sekalian. Mohon izin Yang Di-Pertua Dewan, saya selaku Perdana Menteri ingin membentangkan usul kita pada hari ini,iaitu hari raya tidak lagi meriah. Definisi saya secara literal hari raya merupakan satu perayaan atau sambutan untuk umat islam manakala meriah secara literal adalah suasana yang menggambarkan kegembiraan. Definasi secara conceptual pula ialah sembutan hari raya untuk orang islam. Selesai sudah pendifinasiaan kami di meja kerajaan seterusnya kami akan membentangkan strategi kami di meja kerajaan. Bangkitnya selepas saya adalah Timbalan Perdana Menteri dimana beliau akan memberi dua hujah untuk membidas pihak pembangkang dan menerangkan kelelebihan kami di pihak kerajaan. Bangkitnya selepas Timbalan Perdana Menteri adalah Menteri ke-3 dimana beliau akan membuat pegulungan ( lupa nak baca tadi....wink2~ =P ) Hujah saya untuk usul kita pada hari ini ialah tanggungjawab. Di sini saya akan bahagikan tanggungjawab kepada dua perkara iaitu tanggungjawab pelajar dan tanggungjawab pekerja. Tanggungjawab pelajar ialah menuntut ilmu dan mempelajari sesuatu yang baru daripada pensyarah dimana pensyarah itu di ibaratkan seorang guru. Sudah tentu seorang pelajar itu mempunyai tugasan di mana perlu diselesaikan pada waktu yang ditetapkan. Cuti raya yang diberikan oleh seorang pelajar Institsi Pengajian Tinggi selalu selama seminggu malah ada mencecah sehingga dua minggu. Itu merupakan cuti yang amat panjang dan semestinya seorang pensyarah akan memberikan sekurang-kurangnya satu tugasan semasa cuti raya. Bukan setakat pelajar Intitusi Pengajian Tinggi malah pelajar sekolah juga guru akan memberikan kerja sekolah untuk disiapkan pada cuti sekolah. Yang Di-Pertua, bagaimana seorang pelajar itu mahu menghayati hari raya sekiranya memikirkan tugasan atau kerja sekolah yang perlu disiapkan kerana ia menjadi satu tanggungjawab seorang pelajar untuk menyiapkan kerja atau tugasan sebelum cuti raya tamat. Tanggungjawab kedua saya ialah tanggungjawab seroang pekerja. Seseorang pekerja itu harus lah mematuhi arahan dari pihak atasan. Sekiranya seseorang pekerja itu diarahkan untuk bekerja pada hari raya maka hari raya pada tahun itu tidak meriah. Yang Di-Pertua Dewan, kenapa saya berkata demikian, hal ini kerana anak-anak mereka tidak dapat beraya di hari raya pertama bersama-sama ibu atau bapa mereka. Hal ini akan menyokong kami di pihak kerajaan bahawa hari raya tidak meriah lagi. Sebagai contoh Yang Di-Pertua Dewan, sekiranya ibu atau bapa atau kedua-duanya bekerja sebagai doktor, baru hendak berhari raya bersama-sama keluarga tercinta tetapi mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital maka ibu atau bapa atau kedua-duanya terpaksa berkorban hari raya mereka kerana mempunyai tanggungjawab sebagai pekerja. Secara kesimpulan nya, saya tetap dengan pendirian saya bahawa tanggungjawab menjadi punca hari raya tidak meriah lagi. Mohon usul terus dicadang" (^_^) nota: kalau la naim dapat berdebat macam ney kompom penasihat debat kami akan impress dengan naim... (KALAU LA...hihi) naim cuma reti bercakap melalui penulisan kalau kat luar pemalu nk mampos gitu...lalala SALAM PERDEBATAN (^_^) |