|
bahasa sarawak (^_^)
28 August 2011 | Sunday, August 28, 2011 | 1 candie blossom
Assalammualaikum dan salam sejahteraHari ini naim nak berkongsi apa yang naim belajar. naim belajar bahasa melayu Sarawak bukan apa untuk masa depan naim jugak si dia kan berasal dari Sarawak so, klu naim belajar bahasa sarawak blh lor kami berkomunikasi antara satu sama lain kire tue bahasa tambahan lor (^_^) sebelum ini pernah belajar dengan si dia ( my love ) tapi cuma dua word jer naim belajar kamek dan kitak kamek=saya kitak=awak so, hari-hari naim cakap ngan si dia "Kmk cinta ngan ktk" xpon "kmk rindu ngan ktk" tue word pertama naim belajar semalam naim serach kat google klik SINI tok belajar more bahasa sarawak (^_^) Usul debat : Hari Raya tidak meriah lagi (training)
25 August 2011 | Thursday, August 25, 2011 | 6 candie blossom
Assalammualaikum dan salam sejahteraHari ini naim hendak berceloteh tentang masa training debat Usul kita cukup enteng dibentangkan pada hari ini iaitu "hari raya tidak meriah lagi" naim sebagai Perdana Menteri telah memberi hujah seperti berikut: "Dengan lafaz bismillahirohmannirohim Assalammualaikum warahmatullah hibawarokatu dan salam hari raya Terima kasih kepada Yang Di-Pertua Dewan, rakan perjuangan saya di meja kerajaan, barisan pembangkang yang dihormati semua, serta warga dewan sekalian. Mohon izin Yang Di-Pertua Dewan, saya selaku Perdana Menteri ingin membentangkan usul kita pada hari ini,iaitu hari raya tidak lagi meriah. Definisi saya secara literal hari raya merupakan satu perayaan atau sambutan untuk umat islam manakala meriah secara literal adalah suasana yang menggambarkan kegembiraan. Definasi secara conceptual pula ialah sembutan hari raya untuk orang islam. Selesai sudah pendifinasiaan kami di meja kerajaan seterusnya kami akan membentangkan strategi kami di meja kerajaan. Bangkitnya selepas saya adalah Timbalan Perdana Menteri dimana beliau akan memberi dua hujah untuk membidas pihak pembangkang dan menerangkan kelelebihan kami di pihak kerajaan. Bangkitnya selepas Timbalan Perdana Menteri adalah Menteri ke-3 dimana beliau akan membuat pegulungan ( lupa nak baca tadi....wink2~ =P ) Hujah saya untuk usul kita pada hari ini ialah tanggungjawab. Di sini saya akan bahagikan tanggungjawab kepada dua perkara iaitu tanggungjawab pelajar dan tanggungjawab pekerja. Tanggungjawab pelajar ialah menuntut ilmu dan mempelajari sesuatu yang baru daripada pensyarah dimana pensyarah itu di ibaratkan seorang guru. Sudah tentu seorang pelajar itu mempunyai tugasan di mana perlu diselesaikan pada waktu yang ditetapkan. Cuti raya yang diberikan oleh seorang pelajar Institsi Pengajian Tinggi selalu selama seminggu malah ada mencecah sehingga dua minggu. Itu merupakan cuti yang amat panjang dan semestinya seorang pensyarah akan memberikan sekurang-kurangnya satu tugasan semasa cuti raya. Bukan setakat pelajar Intitusi Pengajian Tinggi malah pelajar sekolah juga guru akan memberikan kerja sekolah untuk disiapkan pada cuti sekolah. Yang Di-Pertua, bagaimana seorang pelajar itu mahu menghayati hari raya sekiranya memikirkan tugasan atau kerja sekolah yang perlu disiapkan kerana ia menjadi satu tanggungjawab seorang pelajar untuk menyiapkan kerja atau tugasan sebelum cuti raya tamat. Tanggungjawab kedua saya ialah tanggungjawab seroang pekerja. Seseorang pekerja itu harus lah mematuhi arahan dari pihak atasan. Sekiranya seseorang pekerja itu diarahkan untuk bekerja pada hari raya maka hari raya pada tahun itu tidak meriah. Yang Di-Pertua Dewan, kenapa saya berkata demikian, hal ini kerana anak-anak mereka tidak dapat beraya di hari raya pertama bersama-sama ibu atau bapa mereka. Hal ini akan menyokong kami di pihak kerajaan bahawa hari raya tidak meriah lagi. Sebagai contoh Yang Di-Pertua Dewan, sekiranya ibu atau bapa atau kedua-duanya bekerja sebagai doktor, baru hendak berhari raya bersama-sama keluarga tercinta tetapi mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital maka ibu atau bapa atau kedua-duanya terpaksa berkorban hari raya mereka kerana mempunyai tanggungjawab sebagai pekerja. Secara kesimpulan nya, saya tetap dengan pendirian saya bahawa tanggungjawab menjadi punca hari raya tidak meriah lagi. Mohon usul terus dicadang" (^_^) nota: kalau la naim dapat berdebat macam ney kompom penasihat debat kami akan impress dengan naim... (KALAU LA...hihi) naim cuma reti bercakap melalui penulisan kalau kat luar pemalu nk mampos gitu...lalala SALAM PERDEBATAN (^_^) Ainan Tasneem menjadi cikgu SHAWL~ OMG!
| Thursday, August 25, 2011 | 0 candie blossom
Assalammualaikum da salam sejahteraHari ini banyak betol naim post kat blog (^_^) tapi tadi sedang naim ber-laman muka buku naim perasan satu news feed yang menarik untuk naim ber-blogging tajuk dye Ainan Tasneem jadi cikgu SHAWL... alhamdulillah sebab first time naim tengok cikgu shawl yang mengajar aurat dye tertutup rapi.... memang bagus untuk tatapan umum (U) hihi dah la...naim takmo ckp banyak t ada yang tak suka baca... Ainan buat totorial sebab dah nak raya kowt Selamat Hari Raya Ainan Ainan Tasneem...u are my idola la la la la~ (^_^) Tawaran FREE Pilihan Background Shoutbox Dari OhSemut
| Thursday, August 25, 2011 | 2 candie blossom
Assalamualaikum ini bukan contest dan tiada pemenang owner blog OhSemut.blogspot.com (Aini) ada buat tawaran yang unexpected semua blogger yang join akan dapat shoutbox secara FREE !!! siapa cepat dia dapat dulu background yang si Aini bagi free kat korang lebih kurang macam ini comel bukan (^_^) cara-cara nak join this SHOUTBOX korang just copy code yang Aini sediakan kemudian paste dekat NEW POST>EDIT HTML lepas tue korang klik Compose dan isi maklumat yang korang nak Aini ubah kan Demi korang Aini sanggup ubah WARNA FONT dan ANIME pilihan korang sendiri kemudian PUBLISH oke :) sila copy code ini (^_^) *contoh selepas korang compose sesudah publish tinggalkan link blogger korang kat comment Aini supaya Aini boleh ubah SHOUTBOX korang JERIT SEKARANG JERIT!!!!!!!! oh semut~ (nak join boleh?)
24 August 2011 | Wednesday, August 24, 2011 | 0 candie blossom
Saya owner blog (http://naimsengal.blogspot.com/) ingin shoutbox cartoon dari OhSemut,blogspot.com warna yang saya suka warna (green,blue,choclate) dan cartoon yang saya inginkan (pic cartoon atau link dari google atau mana mana sumber pilihan anda sendiri sekurang kurangnya 3 cartoon)
~ jom join sama sama ~ AWAS dengan speed trap! SPEED TRAP LOCATIONS....
| Wednesday, August 24, 2011 | 0 candie blossom
Assalammualaikum dan salam sejahteraHari ini naim terbaca tentang tempat-tempat yang mungkin ada speed trap naim terbaca kat news feed di laman muka buku atau lebih dikenali "facebook" naim just nak sharing dengan pembaca blogger naimsengal.blogspot.com 'sharing is loving' hihihi (^_^) naim cuma copy paste aje taw.... SPEED TRAP LOCATIONS: Plus North Highway (From KL): Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai Km 296 berdekatan exit Gopeng Km 352.6 selepas exit Sungkai Km 373 berdekatan exit Slim River Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar Km 308.6 selepas exit Gopeng Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora Km tak pasti tapi betul2 di RnR Gurun 2 km after tol Juru (90km/j) 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ) Plus South Highway: Km 289 sebelum exit Nilai Selatan Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang) Km 253 selepas exit Senawang Km 213.9 selepas exit Alor Gajah Betul2 di exit Jasin Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara Km 97.3 selepas exit Air Hitam Betul2 di exit Sedenak Plus Center: Km 456 selepas exit Sungai Buluh Betul2 di exit Bukit Lanjan Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh Km 302.8 berdekatan exit Kajang Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi NKVE 300meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j) Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j) Betul2 di exit Damansara Km 11.2 berdekatan rel keretapi Betul2 di exit Shah Alam Jaga-jaga (BEWARE) KESAS Km 44.8 berdekatan exit LDP Berhadapan Endah Parade Betul2 di exit Hicom ELITE (Dari arah KLIA) Km 4.8 selepas exit Batu 3 Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ Km 10 sebelum exit USJ JALAN PERSEKUTUAN Bersebelahan Hotel Mint Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan Berhadapan dengan Istana Negara Berhadapan dengan Muzium Negara Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis) 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan) Area Paya Bungor (Arah Kuantan) Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT) Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang) Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j) Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j) Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j) Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j) Berhadapan Tesco Klang (70 km/j) Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j) 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit) Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang MRR2 antara simpang Taman Melati dan Wangsa Maju MRR2 berhadapan Mikro Cheras MRR2 ke damansara,antara batu cave ke Bandar baru selayang idk if this is true, but still...Drive safely. By Afiq KLtown's siapakah Afiq KL tue??? maaf la sebab naim pown takde jawapannya lagi =.= p/s : maaf la if korang tak ley baca puas naim edit tapi font copy paste tetap takley besar =.=" suggestion : korang tekan [CTRL] [+] (besar) dan [CTRL] [-] (kecil) (^_^) cuci luka...pedih yang amat! -.-
23 August 2011 | Tuesday, August 23, 2011 | 0 candie blossom
Assalamualaikum dan salam sejahtera Hari ini naim nak bercerita tentang luka naim akibat "membuat aksi stunt man" di selekoh....hahaha Hari ini naim cuma ada dua kelas saja pukul 10pagi-12pagi dan 2petang-4petang kelas pagi tue naim pergi macam biasa tapi naim mintak lecture kuar awal sebab naim dah tergaru-garu kat tempat luka yang dah beku tue naim pergi lor Unit Kesihatan yang tempat pengajian naim sediakan masuk jer kat bilik doktor doktor tanya naim macam-macam dan doktor tue ckp sepatutnya kulit yang sel mati dah terkopek tapi kulit sel mati ada lagi kat telapak tangan naim doktor kata kena cuci dan mereka akan tolong cuci kn ok la fine...bagus gak diaorg cucikan luka naim hari-hari baru cepat elok (^_^) masuk aje di bilik rawatan ada sorang kakitangan Unit Kesihatan sedang menyediakan alat-alat mencuci luka time tue naim tak rasa seram lagi yang buat naim seram kakitangan unit kesihatan tue mengambil penyepit berkencang jantung naim bila kulit sel mati ditarik untuk dibuang masa tue terkeluar air mata naim dan lutut kaki mengeletar sebab menahan sakit tapi naim tak jerit...kira COOL gak naim ney (^_^) lepas tue bubh antiseptic klalau tak silap naim la... dalam hati naim berkata.... macam mana la naim nk bawak Lagenda 115ZR naim balik ke rumah sewa nasib baik tangan naim dibalut dengan bandage...tak rasa sakit da... Naim rasa COOL bila pakai bandage (^_^) naim cedera (^_^)
21 August 2011 | Sunday, August 21, 2011 | 2 candie blossom
Assalammualaikum dan salam sejahteraMaaf la sebab dah lama tak men-update blog minggu lepas hari sabtu 13/8/2011 naim jatuh motor... (jatuh kat masa nak amik selekoh) memang kelakar tyme tue tyme jatuh naim rasa macam valentino rossi ada, macam stunt man pown ada gak tapi masa jatuh risau gak naim takut Lagenda 115ZR naim rosak teruk alhamdulillah motor naim elok yang tak elok naim ney...calar sana calar sini dah la nak raya...nasib baik tangan jer calar... (^_^) syukur alhamdulillah kepada ALLAH S.W.T kerana memberi naim menikmati suasana RAMADHAN & RAYA kerana takde patah tulang atau calar-calar kat muka..lagi-lagi nak raya ney...huhu heee.... nasib baek Lagenda 115ZR naim xde apa-apa. cuma side mirror kena ganti baru dan handle kena tukar gak tyme jatuh tue naim baru balik dari baZar...naim beli nasi lemak ayam + telor mata dengan air soya tyme jatuh tue naim tengok ada benda berkecai kat jalan.... ingatkan number plat baru naim tukar tue patah... number plat tak patah yang berkecai tue side mirror belah kiri fuuuhhhhh! nasib baik :P naim nampak jugak air soya naim jatuh bounce di atas jalan....macam jelly naim tengok... tyme jatuh tue naim bangun sorang-sorang... ada gak orang nak beri bantuan tapi naim tak mau sbb dah malu malu punya pasal naim bangun pastu try hidup Lagenda 115ZR naim Lagenda 115ZR enjin dah hidup, apa lagi terus naim pecut Lagenda 115ZR naim balik ke rumah sewa nasib baik rumah sewa tak jauh dari tempat kejadian... (^_^) sampai di rumah naim terus check Lagenda 115ZR naim... good condition...haha... terus naim pergi toilet basuh luka...pedih ya amat! terus naim mintak housemate naim anta pergi Klinik 1 Malaysia... dye yang uruskan isi borang... tq AME! *gambar google (^_^) klinik 1 Malaysia kena banyar RM1bukan naim nak pergi klinik swasta AME yang bawak naim ke situ....itu pown boleh lor...(^_^) masuk jer bilik rawatan orang yg bertugas tue tanya macam-macam jari boleh gerak tak,ada muntah-muntah, ada pening-pening ke... jawapan naim ringkas aje....TAK.... terus naim kena cucuk...(padan muka naim, sapa suruh nakal-nakal) *tangan kanan *tangan kiri naim tanya lor nurse tue... puasa batal tak...akak tue ckp tak lor...still boleh puasa (^_^) alhamdullillah naim still boleh puasa...malas nak ber-ganti-ganti puasa sebenarnya...hihi nurse tue cuci semua luka naim...pedih sgt....cuci pakai air garam pas cuci nurse tue ckp nak bubuh iodine... nurse tue ckp klu bubuh air garam dah pedih, bubuh iodine lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii pedih tahan jer la sebab naim nak cepat sembuh...raya tak lama lagi..huhu keesokkan pagi-pagi lagi naim sudah bersiap-siap nak pergi ke bengkel.... walaupown tangan naim cedera naim kena tukar side mirror dan handle Lagenda 115ZR naim pergi sorang-sorang, housemate naim tido side mirror 125Z RM8 (lebih kurang Lagenda 115ZR tapi lagi rendah) paddle RM 25 naim beli kat bengkel naim selalu pergi...dapat diskaun RM20 (^_^) total repair Lagenda 115ZR terbabas RM28...duit ooo duit.... banyak betul duit kuar...sayang punya pasal...takpe lor... gf dah takde dah...naim single skunk... Lagenda 115ZR lor jadi buah hati naim sekarang (^_^) Semalam naim berbuka puasa kat IPOH... naik Lagenda 115ZR...pergi ber-empat means ada dua motor... hujan lak tue....kuyup kami jadinyer cadangnyer hendak makan PIZZA HUT...on the way nak ke Jusco Kinta City Ipoh naim terlihat PAPARICH...tetiba teringat kawan baru naim...Ainan Tasneem (^_^) ainan pernah bergambar kat situ...hahaha *ainan tasneem takpe lor....JUSCO kan ada food court ingatkan nak makan kat situ tapi sayangnyer semuanya tempat duduk fully booking... dah pukul 7 ney...makanan tak beli lagi...huhu last-last beli donut makan kat tempat bowling nape naim makan situ ek? sebab naim nak main bowling lepas tue.... kitaorang main satu game je sebab nak kejar PIZZA HUT lepas tue... naim tak boleh main bowling pakai tangan kiri (yang selalu strike tue) sebab tangan kiri luka besar....so, naim main bowling pakai tgn kanan (tak biasa langsung) first ngan second frame naim baling bola bowling terus masuk longkang... =,=" tak pernah dapat markah 0 tok first ngan second frame.... total markah tok 10 frame/1 game naim dapat 39 markah.... terkejut gak naim sebab menggunakan tangan kanan naim boleh success! (^_^) lepas main bowling kami pergi makan pizza... naim order set spaghetti ngan air dan ala-carter for BBQ wing sedap....yummy.... :P kitaorang balik ke Seri Iskandar pukul 11 malam sampai Seri Iskandar pukul 12 tengah malam ber-empat yang pergi IPOH
*azha & ecah *ame Lagenda 115ZR semput??? OMG =.="
09 August 2011 | Tuesday, August 09, 2011 | 8 candie blossom
Assalammualaikum dan salam sejahteraUsul kita hari ini agak hangit untuk dibincangkan Lagenda 115ZR.....SEMPUT??? ok kawan-kawan anda di mintak jangan panik ini kerana menurut abang bengkel moto berkata " hal kecik jer bro, boleh setel punya...kena tunning sikit..." TUNNING??? OMG... =.=" ok kawan-kawan...naim dah bayangkan Lagenda 115ZR bertunning pakai laptop dah macam cerita Fast5 lor...haha *Lagenda 115ZR di bengkel cerita nya macam ini....naim selalu guna Lagenda 115ZR pergi kuliah almost everyday Lagenda 115ZR ney bergerak tapi ari tue motor naim selalu enjin mati bila dekat traffic light pastu exzos moto meletop-letop macam u'all kentot selalu :P naim tak puas ati bila condition moto naim macam ney naim hantar lor moto tue kat bengkel naim rapat ngan tokey ngan abang-abang bengkel tue mana tak rapat selalu pergi situ bila nak servis 1000km *Yamalube *filter Lagenda 115ZR original naim beli Yamalube ngan filter kat Seremban naim pergi satu bengkel ney dye charge RM 6 untuk upah tukar minyak hitam ngan pasang filter *2000km brand Motul klu tak silap naim, price rm23 tapi naim dapat diskaun RM3 naim try ke bengkel motor lagi satu itu pown lepas my housemate suggest pergi ke bengkel tue upah tukar minyak dye amik RM2...murah tue... terus naim beli filter kat bengkel tue, tukar spark plug and buat number plate baru spark plug naim dapat harga RM6 dan number plate total RM12.20 *NCM 4455 (^_^) *penutup tiub tayar RM2 for 2 piece so, abang bengkel tue suggest naim cuci kaberator dan fully service semua naim tanya berapa? dye ckp RM30 tue harga semalam (tak sempat cuci kaberator semalam sebab nak berbuka puasa) tadi naim pergi service dan dye ckp RM25 + RM6 untuk tukar spark plug again kerana dah terbakar TOTAL RM30 saje...dalam hati naim cakap murah lor gak..haha... *ini lor kaberator yang abang bengkel cuci *audio ini agak bising kerana abang bengkel tue tengah setting tunning moto(^_^) Ainan Tasneem approve naim di facebook (^_^)
08 August 2011 | Monday, August 08, 2011 | 0 candie blossom
Assalammualaikum dan salam sejahteratopik yang hangat naim nak katakan ainan tasneem APPROVE naim jadi kawan dye di facebook...(^_^) dua hari kowt naim tunggu dye approve... tak approve-approve gak ingat kan dye ney sombonk ke apa... tapi bila dye dah approve naim baru jer beberapa minit yang lepas naim chat ngan dye... not bad peramah gak orang nya bukan pemarah k...hahaha (^_^) *futri lia( my future wife ) siapakah gelaran si ainan tasneem tue?girlfriend naim ke? OMG...absolutely not my AWEK... bf ainan tasneem taw pasal ney mampos naim kena belasah...haha awek naim sorang je...FUTRI LIA...(p/s : I LOVE U DEAR,i love u sgt2 & i tak curang kat u pown ) *ainan tasneem berbalik kepada soklan tadi...Ainan Tasneem tue siapa???haha...macam misteri jer bila korang baca kan Ainan Tasneem tue takde darah daging ngan naim....mayb sedara sesama umat islam jer... dye ada fan page....yang post sebelum ney ada video and link fan page dye...(usha-usha lor ya) suara dye sedap dan dye reti main gitar... naim tak reti pown.... apa yang naim reti cuma menghancurkan lagu "aku suka dia" anyway...thanz to ainan tasneem kerana jadi kawan naim... keep in touch always with new friend ya.... SALAM PERKENALAN... (^_^) I'M SORY
| Monday, August 08, 2011 | 0 candie blossom
I'M SORRY Cubaan berani NaiM, first time NAIM menyanyi??? (^_^)
| Monday, August 08, 2011 | 0 candie blossom
Firstly, ney cuma tester aje...baru 50% siap lagi 50% lepas raya rasanya baru ley siap (^_^) klu rajin, sila lor komen...nak taw gak apa respond dari blogger..hihi sebelum tersebar di YOUTUBE...haha maaf kawan-kawan...sebab suara tak sedap pown... saje jer nak isi masa lapang... actually naim nak dedicate this song to my lover FUTRI LIA... i love u so much dear...yup, i really love u...tak tipu...btol-btol ney... i memang nak kawen ngan u nanti...boleh kan dear? (^_^) Aku Suka Dia - Ainan Tasneem (Original)
06 August 2011 | Saturday, August 06, 2011 | 0 candie blossom
LIKE her fan page on FaceBook : Ainan Tasneem's :)Aku lihat dia di sana Aku ingin mendekatinya Aku cuba mengampirinya Lalu aku menyapa dia Dia pun membuka bicara Dan aku mulai mengenalnya Kita mulai bermain mata Mula timbul rasa bahagia C/O : Bila dia, mendekati diriku, Hatiku rasa sesuatu Bila dia, senyum pada diriku Hatiku rasa tak menentu Kekadang hati ku bertanya Adakah dia dah berpunya Kerana diriku berasa Aku jatuh hati padanya Aku ingin memilikinya Aku ingin menjaga dia Aku ingin mencinta dia Aku ingin hidup dengannya C/O : Bila dia, mendekati diriku, Hatiku rasa sesuatu Bila dia, senyum pada diriku Hatiku rasa tak menentu Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya Untuk meluahkan rasa Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja Menunggu cinta darinya Bridge : Ku terima satu nota..darimu.. Yang tertulis 'Aku suka kamu' C/O : Bila dia, mendekati diriku, Hatiku rasa sesuatu Bila dia, senyum pada diriku Hatiku rasa tak menentu Akhirnya kini, ku kan mampu ceria Diriku sangat gembira Akhirnya kini, aku mulai bahagia, Menerima cinta darinya.. Aku suka dia... TODAY IS MY BIRTHDAY
| Saturday, August 06, 2011 | 0 candie blossom
Assalammualaikum dan salam sejahteraNaim cuma nak bagitaw bahawasanya sekarang ini umo naim mencecah 21tahun TERIMA KASIH kepada ibu naim kerana melahirkan naim dan juga TERIMA KASIH kepada ayah naim kerana membesar kan naim TERIMA KASIH kepada semua kawan-kawan naim kerana menjadi kawan naim TERIMA KASIH kepada adik-adik naim kerana menjadi tempat bergaduh manja ngan korang kepada Housemate naim Azhar, Ikmal, Ame, Abi TERIMA KASIH menjadi housemate naim FUTRI LIA, terima kasih menjadi GF saya wink~ I LOVE U TERIMA KASIH semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa (^_^) haha HAPPY BIRTHDAY TO HAZIQ NAIM (^_^) ♥Birthday semakin menghampiri♥
05 August 2011 | Friday, August 05, 2011 | 0 candie blossom
Assalamualaikum dan salam sejahteraBirthday naim semakin hampir??? naim pown baru perasan selepas naim terima msj dari celcom yang memerlukan keKOMPOMan dapat kol free... apa, CALLING free selama seminggu (^_^) OMG... best tue... Naim bercadang mahu bergayut ngan Futri Lia selama 24jam selama 7hari tapi bila adik angkat naim si Amirah Soraya cakap kat naim supaya 'BE COOL' 'jangan selalu kol buah hati t si dia bohsan ngan kita' betul ke apa yang Amirah Soraya cakap kan tue? maybe betul kowt apa dye cakap perempuan tak suka dikongkong tapi perempuan nak si lelaki amik berat pasal diri nya macam mana kita hendak tahu yang buah hati kita sayang kat kita kalau bagi naim it's too simple if that gurl really love me, dia akan carik naim maksud naim si dia akan cuba menelefon naim klu si dia btol-btol cinta kan naim tapi bagi kes naim, naim tahu futri lia amat menyanyangi naim (^_^) p/s: futri lia please waiting my call on 7 august ok Do NoTHinG
03 August 2011 | Wednesday, August 03, 2011 | 0 candie blossom
Assalammualaikum dan salam sejahterajam menunjukkan pukul 3 pagi assignment tak siap-siap lagi adddoooiiiiii...bila mahu siap ETR300 ney semakin bohsan nak buat...huhu =.=" hari ini naim ngan futri lia mcm biasa tapi hari ini naim rasa bahagia dengan futri lia yela hari ney si dia tak penat sangat dan naim borak lama giler melalui handphone tak sangka pula naim tulis blogger ney dapat sambutan yang memberangsangkan terima kasih daun keladi kepada sesiapa yang sudi singgah di blogger ini laen kali singgah lagi....haha (^_^) hari ini naim buka puasa ngan nasi tomato ngan ayam nak masak naim tak reti masak maggie reti lor...tapi masak yang laen memang naim tak reti naim harap sangat si dia blh masak untuk naim almaklum lor naim memang suka makan makan jer keje naim ney tue badan dah semakin membesar (^_^) SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG kat FUTRI LIA |